Teater Se-Merah Padi akan membuka panggungnya malam ini pada 8:30 malam. Tiket berharga RM30 telah habis dijual untuk tayangan 24.12.2011 dan 31.12.2011. Tempah tiket anda sekarang sebelum kehabisan!
Layari http://www.ticket2u.biz/ untuk tempahan atau datang terus ke Box Office Istana Budaya.
Teater Semerah Padi
Saturday, 24 December 2011
Thursday, 15 December 2011
Cinta atau sumpah setia
![]() |
CINTA Dara pada Aduka atau ikatan pertunangan antaranya dan Taruna? Mana satu pilihan Dara untuk dikorbankan? Persoalan itu dibiarkan tergantung untuk penonton yang akan hadir menyaksikan naskhah filem Semerah Padi yang diangkat ke pentas teater di Istana Budaya bermula 22 Disember ini, jawapan ada di hujung ceritanya.
Dara, watak yang akan dilakonkan oleh Jue Aziz manakala Aduka dan Taruna masing-masing dimainkan oleh pelakon berbakat Khir Rahman dan Fauzi Nawawi.
Semerah Padi, sebuah karya hebat arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1956 yang mengisahkan dua sahabat Aduka (lakonan P. Ramlee) dan Taruna (lakonan Nordin Ahmad) yang mahir dalam ilmu persilatan di kampung Semerah Padi.
Biarpun Dara (lakonan Saadiah) yang merupakan anak kepada penghulu kampung itu sudah ditunangkan bersama Taruna, cinta tetap 'menghalalkan' hubungannya dengan Aduka. Khilaf pada agama dan persahabatan diakhiri dengan hukuman hudud seperti tuntutan dalam Islam.
Pertemuan pada petang Khamis lalu beriring gerimis manja pantas terisi dengan kisah menarik sepanjang proses latihan teater Semerah Padi arahan Rosdeen Suboh itu.
Bersama Khir Rahman, Fauzi Nawawi dan Jue Aziz, kami menyelak lembaran kisah pendukung watak utama - Aduka, Taruna dan Dara.
Interpretasi Khir
Ibarat orang mengantuk disorong bantal, watak Aduka sememangnya sudah didamba oleh sutradara berkaliber, Khir Rahman, 38.
"Saya memang mahukan watak Aduka, bila sudah dapat memang sangat berbesar hati. Namun perlu ingat, tiada siapa dapat gantikan tempat P. Ramlee.
"Sama ada ia boleh jadi lebih baik atau lebih teruk daripada versi asal, saya pilih untuk jadi lebih baik!" kata pemilik nama Khairulizam Abdul Rahman.
Teater Semerah Padi ujar Khir perlu diberi makna dalam setiap pengucapan dialog begitu juga pergerakan bagi menyalut sifat teater itu dengan momen 1950-an.
"Kalau kita teliti, cara gerak dan percakapan dalam filem-filem dahulu lebih dramatik, perilakunya berbeza daripada sekarang. Itu yang istimewanya teater ini, mengubat rindu orang-orang lama," luncur butir bicara sambil menunjukkan beberapa contoh aksi yang dikatakannya dramatik itu.
Menterjemahkan filem ke pentas teater bukan kerja mudah kata Khir. Perlu diberi penelitian atas segala aspek. Risiko untuk penonton membanding bezakan filem dan teater juga tinggi.
"Tapi seelok-eloknya usah membandingkan naskhah filem dan teater sebab masing-masing ada sudut pandangan tersendiri, kadangkala ia menyeronokkan dan tidak mustahil mengecewakan," ulas pendukung watak Aduka.
Aduka bagi Khir adalah seorang yang setia pada kawan karibnya, Taruna. Menerusi teater itu watak Aduka akan 'dipusing' sedikit, setelah menyelamatkan Dara daripada tangan Borek dia terpaksa menjadi 'pak sanggup' semata-mata untuk menjaga maruah Dara yang telah diperkosa.
Pakej Fauzi
Taruna pula taat dan tegas! Kata pemain watak itu, Fauzi Nawawi, 38, dek kerana sifat itu, Dara berpaling perhatian kepada Aduka.
"Watak itu (Taruna) memang sudah sinonim dengan Nordin Ahmad, seorang yang setia pada pemerintah dan taat pada agama.
"Tidak jauh beza watak asal dengan ciri-cirinya dalam teater, cuma perbualan tak akan sama sebab dia legenda, kalau nak tiru memang tidak mampu, apa yang boleh ikut cara saya sendiri," ucap Fauzi yang sudah siap berpakaian pendekar ketika sesi temu ramah berlangsung.
Berkobar-kobar dan menyala-nyala api semangatnya menyarung pakaian yang mula memperkenalkan seorang Fauzi Nawawi 15 tahun dulu.
"Seni silat mungkin menjadi kelebihan pada saya untuk memainkan peranan Taruna, saya akan pamerkan sesuatu yang selama ini tidak berpeluang untuk beraksi dalam drama atau filem.
"Akhirnya dapat juga saya kembali bersilat setelah lama tinggalkan dunia pendekar," ujar Fauzi akan pakej sempurna yang dimilikinya.
Boleh berlakon, menyanyi dan menari merupakan kredit eksklusif yang dimiliki suami kepada pelakon jelita, Lisdawati. Namun, mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri menolaknya sedikit ke hadapan.
![]() |
DARI kiri: Khir, Jue dan Fauzi akan berusaha menghidupkan Semerah Padi dalam pemahaman mereka dengan sebaik mungkin.
|
"Untuk menjadi anak seni bagi saya perlu ada pakej lengkap, perlu tahu semua bidang. Berlakon, menyanyi dan menari serta kredit jika tahu seni mempertahankan diri," katanya yang pada asal terkeliru mengenai naskhah Semerah Padi ini sama ada ia sebuah teater atau bangsawan.
Janji Fauzi, kualiti dan hasil terbaik akan dihadiahkan khusus untuk peminatnya. Katanya:"Kejujuran dan keikhlasan dalam berkarya itu penting, orang yang menonton akan menilainya sendiri."
Jue dirogol
Inti cerita daripada filem Semerah Padi dibentang untuk menjadi landasan dan kompas buat naskhah baharu iaitu sebuah teater memecut laju.
Perlu diingat, tidak semestinya segala yang tersurat di filem diterjemahkan ke pentas. Umpama babak Dara yang dirogol ketika diculik oleh kumpulan penjahat yang diketuai oleh Borek (lakonan Opie Zami) yang hakikatnya berlainan susur galur cerita asal filem.
Kata empunya nama Zuliana Abdul Aziz, 28, babak dia dirogol oleh watak Borek paling mencabar baginya.
"Jue suka babak ini, sumpah! Susahnya sebab cipta aksi sendiri, Jue sendiri yang minta dipukul dan diterajang melalui perbincangan dengan Opie.
"Itu kepuasan bagi Jue, mungkin setiap pelakon ada lain-lain penerimaan, tapi bila kita sendiri puas penonton juga akan dapat rasa. Memang semua akan terkejut, babak itu sangat zalim!" cerita Jue yang turut cedera sepanjang sesi latihan yang masih berlangsung.
Ditanya adakah Jue sendiri akan menyanyi, menari dan berlakon pada waktu yang sama? Jawabnya: "Jue akan menari, tapi kalau menyanyi nanti orang akan dengar Jue buat versi rock dalam teater Melayu."
Dara dalam kisah Semerah Padi adalah anak kepada penghulu yang akur pada arahan orang tuanya untuk dijodohkan dengan Taruna biarpun dalam hati kuat membentak.
Bergolak setiap kali berjumpa Aduka yang akan sentiasa bersama Taruna, terumbang-ambing dipukul perasaan sayang dan bersalah. Dara berdepan dua sisi berbeza saat bertemu dengan Taruna mahupun Aduka.
"Jue mainkan dua karakter berbeza, dengan Aduka lain, lebih relaks, berterus-terang dan degil.
"Tapi kalau dengan Taruna, Jue tak sanggup pandang mukanya sebab dia terlalu baik dan dia Jue sanjungi," singkap figura berambut panjang mengurai itu.
Mana satu pilihan Jue atau Dara akan terjawab dalam pementasan teater Semerah Padi yang akan bermula pada 22 Disember ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Maklumat lanjut layari www.istanabudaya.gov.my dan www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600 .
Wednesday, 14 December 2011
Se-Merah Padi Di Sg. Wang
Datang beramai-ramai ke Promosi Teater Se-Merah padi di Pusat beli belah terkemuka Kuala Lumpur ( Sungai Wang Plaza ) pada 17hb ini jam 3.30pm.Penampilan artis-artis seperti Khir Rahman, Jue Aziz , Fauzi Nawawi , Opie Zami ( Spanar Jaya ) , Azizah Mahzan , Dato Baharuddin hj. Omar( Anjang Aki ) , Baby Erin , Bohari & ramai lagi. Anda semua di jemput hadir ! Pelbagai acara menarik di samping dapat beramah mesra dengan barisan pelakon Teater Se-Merah Padi . Juga boleh dapati tiket-tiket dari RM30-RM200
Thursday, 10 November 2011
Semerah Padi pinjam aura klasik
Oleh Ramlah Zainal Harian Metro
roses@hmetro.com.my
“Arwah ayah saya, Salleh Ghani adalah pengarah dan penulis skrip yang sering bergaul dengan artis, pengarah dan penggiat filem yang sezaman dengan P Ramlee.
Saya juga kenal P Ramlee ketika beliau masih hidup kerana sering mengikut arwah ayah bekerja.
“Saya masih ingat lagi, saya panggil P Ramlee ‘uncle’ dan bertanya apa maksud P pada awal namanya itu. P itu rupa-rupanya ada maksud yang banyak iaitu pelakon, penyanyi, pengarah dan penggubah lagu dan sebagainya,” katanya.
Keno akui filem Semerah Padi mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri sama seperti filem Melayu klasik lain.
“Selepas kejayaan pementasan Sri Mersing, saya juga percaya rugi kalau filem sehebat Semerah Padi tidak diangkat ke pentas teater. Saya juga sedar buat teater tidak menguntungkan seperti perniagaan lain, tapi misi utama saya adalah untuk mengangkat filem klasik Jalan Ampas ke IB.
“Pementasan Semerah Padi ini bakal menjadi sejarah dalam pementasan teater tanah air dan mengimbau kenangan sebuah filem klasik yang hebat.
“Saya harap dapat menarik bukan saja peminat teater tempatan, tapi juga termasuk dari Singapura dan Brunei Darussalam. Tambah membanggakan, Sultan Pahang juga sudi menjadi penaung kepada teater Semerah Padi ini,” katanya.
Berkongsi mengenai kos pementasan pula, kata Keno, teater itu membabitkan kos mencecah RM1.5 juta.
“Saya juga berharap, banyak pihak korporat dan VIP sudi menjadi rakan penaja teater ini untuk sama-sama memartabatkan dunia seni,” katanya.
Mengulas kriteria pemilihan pelakon utama pula katanya, setiap pelakon punya aura mengikut watak asalnya.
“Saya melihat ‘sepet’ Zul Huzaimy mirip P Ramlee dan dia tepat untuk pegang watak utama Aduka yang bermukah dengan Dara. Saya juga nampak wajah Fauzi yang nakal itu memang kena dengan watak Taruna pula.
“Pihak kami juga ada beberapa cadangan untuk watak Dara, tapi kami ternyata wajah Jue Aziz nampak mirip seniwati Saadiah kerana wajahnya yang penuh kelembutan. Selain itu, kami bertuah kerana Fazlina iaitu anak kepada arwah Saadiah sudi memegang watak ibu kepada Dara,” katanya.
Keno ditemui pada sidang media di IB, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, Pengarah Muzik, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan pengarah teater itu, Rosdeen Suboh.
Secara peribadi, Rosdeen bertuah kerana diberi kepercayaan oleh Keno Productions untuk mengarahkan teater Semerah Padi selepas Sri Mersing.
Barisan pelakon yang turut beraksi ialah Tok Penghulu (Baharuddin Omar), Baby Erin (Galak), Bohari Ibrahim (Jejaka), Ikbal Hakim (Borek), Azlan Komeng (Kelana), Abu Bakar (Ayah Taruna), Azizah Mahzan (Ibu Aduka), Siti Habsah (Ibu Taruna) dan Zolkafli Komeng (Kachiwa).
Teater Semerah Padi bakal dipentaskan bermula 22 hingga 31 Disember nanti. Tiket untuk menyaksikan teater ini dijual pada harga RM30, RM50, RM80, RM150 dan RM200.
Keterangan lanjut mengenai teater ini boleh hubungi Box Offce IB di talian 03-40265558 atau secara online 03-41478600, www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my.
roses@hmetro.com.my
“Semerah Padi sudah aman tetapi jiwaku berperang di antara kesucian dan dosa”
DIALOG itu pernah dituturkan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee kepada Allahyarham Nordin Ahmad dalam filem klasik Semerah Padi terbitan 1956.
Selepas 50 tahun berlalu, nostalgia Semerah Padi dilahirkan kembali dalam bentuk teater dan bakal dipentaskan Keno Productions di pentas seni berprestij, Istana Budaya (IB) sekitar Disember nanti.
Pengurus Keno Productions dan Penerbit Eksekutif Semerah Padi, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno berkata, dia mendapat idea untuk mengadaptasi filem Semerah Padi ke pentas kerana tertarik dengan kehebatan filem itu.
Pengurus Keno Productions dan Penerbit Eksekutif Semerah Padi, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno berkata, dia mendapat idea untuk mengadaptasi filem Semerah Padi ke pentas kerana tertarik dengan kehebatan filem itu.
“Saya masih ingat lagi, saya panggil P Ramlee ‘uncle’ dan bertanya apa maksud P pada awal namanya itu. P itu rupa-rupanya ada maksud yang banyak iaitu pelakon, penyanyi, pengarah dan penggubah lagu dan sebagainya,” katanya.
Keno akui filem Semerah Padi mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri sama seperti filem Melayu klasik lain.
“Selepas kejayaan pementasan Sri Mersing, saya juga percaya rugi kalau filem sehebat Semerah Padi tidak diangkat ke pentas teater. Saya juga sedar buat teater tidak menguntungkan seperti perniagaan lain, tapi misi utama saya adalah untuk mengangkat filem klasik Jalan Ampas ke IB.
“Pementasan Semerah Padi ini bakal menjadi sejarah dalam pementasan teater tanah air dan mengimbau kenangan sebuah filem klasik yang hebat.
“Saya harap dapat menarik bukan saja peminat teater tempatan, tapi juga termasuk dari Singapura dan Brunei Darussalam. Tambah membanggakan, Sultan Pahang juga sudi menjadi penaung kepada teater Semerah Padi ini,” katanya.
Berkongsi mengenai kos pementasan pula, kata Keno, teater itu membabitkan kos mencecah RM1.5 juta.
“Saya juga berharap, banyak pihak korporat dan VIP sudi menjadi rakan penaja teater ini untuk sama-sama memartabatkan dunia seni,” katanya.
Mengulas kriteria pemilihan pelakon utama pula katanya, setiap pelakon punya aura mengikut watak asalnya.
“Saya melihat ‘sepet’ Zul Huzaimy mirip P Ramlee dan dia tepat untuk pegang watak utama Aduka yang bermukah dengan Dara. Saya juga nampak wajah Fauzi yang nakal itu memang kena dengan watak Taruna pula.
“Pihak kami juga ada beberapa cadangan untuk watak Dara, tapi kami ternyata wajah Jue Aziz nampak mirip seniwati Saadiah kerana wajahnya yang penuh kelembutan. Selain itu, kami bertuah kerana Fazlina iaitu anak kepada arwah Saadiah sudi memegang watak ibu kepada Dara,” katanya.
Keno ditemui pada sidang media di IB, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, Pengarah Muzik, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan pengarah teater itu, Rosdeen Suboh.
Secara peribadi, Rosdeen bertuah kerana diberi kepercayaan oleh Keno Productions untuk mengarahkan teater Semerah Padi selepas Sri Mersing.
Barisan pelakon yang turut beraksi ialah Tok Penghulu (Baharuddin Omar), Baby Erin (Galak), Bohari Ibrahim (Jejaka), Ikbal Hakim (Borek), Azlan Komeng (Kelana), Abu Bakar (Ayah Taruna), Azizah Mahzan (Ibu Aduka), Siti Habsah (Ibu Taruna) dan Zolkafli Komeng (Kachiwa).
Teater Semerah Padi bakal dipentaskan bermula 22 hingga 31 Disember nanti. Tiket untuk menyaksikan teater ini dijual pada harga RM30, RM50, RM80, RM150 dan RM200.
Keterangan lanjut mengenai teater ini boleh hubungi Box Offce IB di talian 03-40265558 atau secara online 03-41478600, www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my.
Saturday, 22 October 2011
Promosi Se Merah Padi
22/10/2011 -23/10/2011 Jam 8pm - 10pm: Teater Se-Merah Padi telah mengadakan promosi jualan tiket di Tasik Titiwangsa bersempena Jambori Vespa anjuran Persatuan Vespa Malaysia dan Naza Motor. Dapatkan potongan separuh harga tiket Teater Se-Merah Padi untuk 10 pelanggan terawal dan dapatkan tiket percuma cabutan bertuah di sana. Jumpa di sana!!!
Tuesday, 18 October 2011
Dari Bendang Se-Merah Padi ke Istana Budaya
Subscribe to:
Posts (Atom)